Bahagian Kesihatan

Visi
Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusia’

Misi
Memastikan kesihatan dan kebajikan haiwan terpelihara dan kesihatan awam terjamin

Objektif
- Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri haiwan
- Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang     bersih dan selamat



Aktiviti – aktiviti Kesihatan yang dijalankan di lapangan :

  • Program Pemvaksinan dan Persampelan penyakit Kuku dan Mulut (FMD) dan  Hawar Berdarah (H.S.)
  • Program Persampelan dan Kawalan penyakit Brucellosis lembu/kerbau (Jangkitan Brucella abortus), Brucellosis bebiri /kambing (Jangkitan Brucella mellitensis) dan Brucellosis babi (Jangkitan Brucella suis).
  • Program saringan penyakit tuberkulis dikalangan lembu tenusu dan rusa.
  • Program Persampelan, Pemeriksaan dan Pemantauan penyakit Selsema Burung (Highly Pathogenic Avian Influenza).
  • Program Kawalan dan Pemantauan penyakit Rabies terutama di kawasan Immune-belt.
  • Program Meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan seperti aktiviti Rawatan, Pembedahaan dan Bedah Siasat di Klinik-klinik Veterinar dan di lapangan.
  • Menyediakan dan mengesahkan dokumen-dokumen (sijil kesihatan, sijil import, sijil eksport dan sijil pergerakan ternakan)
  • Pemantauan dan Pemeriksaan ladang-ladang eksport ternakan itik, kilang-kilang dan loji pemprosesan hasilan ternakan.
  • Program Pemantuan, Lawatan dan Akreditasi Ladang Ternakan (SALT).
  • Memantau Stesyen Kuarantin Haiwan Swasta