KURUSUS TERNAKAN LEMBU PEDAGING TAHAP 2

KURUSUS TERNAKAN LEMBU PEDAGING TAHAP 2

SINOPSIS :

Fidlot merupakan satu system pemeliharaan lembu pedaging di dalam kandang secara sepenuh masa yang menggunakan makanan lengkap terumus supaya ternakan dapat dibesarkan dan dipasarkan dengan cepat.Penternakan fidlot didapati berdaya maju sekiranya diuruskan dengan baik dan boleh memberkan pulangan atau hasil yang cepat.Disamping itu, terdapat juga pemeliharaan ternakan lembu pedaging secara integrasi yang semakin mendapat perhatian daripada penternak.Kerajaan telah memperkenalkan konsep PINTAR iaitu projek penternakan lembu pedaging di dalam kawasan tanaman kekal seperti kelapa sawit.Kandungan kursus meliputi GAHP fidlot, pemilihan baka lembu untuk fidlot dan integrasi, pengurusan secara fidlot dan integrasi, pemakanan, perumusan dan penggunaan bahan-bahan sampingan agro-industri sebagai sumber makanan serta ekonomi pengeluaran lembu secara fidlot dan integasi.Kursus ini menberi panduan kepada penternak supaya mereka mendapat mengusahakan penternakan lembu dengan lebih sistematikbagi mendapatkan pulangan yang tinggi.Melalui kursus ini juga, peserta mendapat pengetahuan mengoptimumkan sumber penggunaan lading serta bahan sampingan/buangan sebagai makanan ternakan.

OBJEKTIF :

v Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam pengurusan ternakan lembu pedaging melalui konsep fidlot dan integrasi;

v Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan, penyakit dan amalan penternak yang baik (GAHP) kearah mendapatkan persijilan Skim Amalan Ladang Ternak (SALT);

v Mengoptimakan pengunaan sumber-sumber ladang serta menggunakan sisa pertanian secara optima sebagai makanan ternakan untuk mengurangkan kos pengeluaran;

v Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kesihatan ternakan lembu pedaging;

v METODOLOGI

  • Syarahan
  • Perbincangan
  • Demonstrasi
  • Amali

v KELAYAKAN PESERTA

  • Bakal usahawan
  • Usahawan
  • Peserta yang telah menjalani kursus tahap 1

v BILANGAN PESERTA ­- 40 orang/setiap kursus

v BILANGAN HARI - 5 hari

v TARIKH - Seperti jadual dicadangkan

v TEMPAT KURSUS - Ladang Infoternak, Sg. Siput (U)