Bengkel Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jab.Veterinar Perak

 
 
Taiping Perak – Pada 11 April hingga 13 April 2014, Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jab.Veterinar Perak telah mengadakan satu Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2014 bertempat di Hotel Seri Warisan, Taiping Perak. Bengkel tersebut telah dikemudi oleh penceramah yang dijemput khas dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia iaitu Tuan Haji Baharin bin Yahaya.
Objektif bengkel tersebut adalah untuk mempersiapkan gerak kerja projek inovasi oleh kumpulan KIK JPV Negeri Perak dan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan,pemahaman dan mendalami keperluan KIK agar para peserta KIK dapat memantapkan kemahiran mengenal pasti projek dan penyediaan dokumentasi KIK yang lebih berkualiti.