Bengkel Latihan Penggunaan Aplikasi Veterinar Diary

15 Mei 2014, Pejabat SUK Perak - Perkhidmatan Veterinar merupakan perkhidmatan utama yang disediakan oleh jabatan. Ini juga menjadi teras kepada Jabatan sebagai pihak berkuasa Veterinar Malaysia. Pelanggan dan masyarakat menilai kecekapan dan keberkesanan Jabatan berasaskan pada prestasi yang ditunjukkan oleh semua petugas samada di bawah perkhidmatan engeri mahupun persekutuan.

Dalam Transformasi Perkhidmatan Veterinar, Diari Veterinar telah diperkenalkan. Diari veterinar adalah sati sistem untuk mencatat segala aktiviti berkaitan perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan jabatan dengan menggunakan platform web. Fungsi utama Diari veterinar adalah untuk mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan veterinar di lapangan.