Lawatan Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir ke Ladang Infoternak Sg.Siput (U)

21 Jun 2014, Ladang Infoternak, Sg.Siput(U) - Ladang Infoternak Sungai Siput berpotensi dijadikan sebagai kampus bagi universiti yang berkaitan dengan bidang pertanian, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.“Ia kerana di sini terdapat haiwan antaranya rusa, burung unta serta haiwan lain yang boleh dibuat rujukan dan latihan kepada pelajar,” ujarnya.Katanya, perkara tersebut perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan.“Ini wajar diberi perhatian malah di sini juga telah di buat pelbagai program berkaitan pengurusan ladang,” tambahnya.Dalam perkembangan, Ladang Infoternak Sungai Siput juga mampu dijadikan satu daya tarikan untuk pengunjung ke Perak.“Ia berikutan keluasan tapak ladang tersebut yang mampu dijadikan sebagai kawasan agro pelancongan.“Kita akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk membangunkan Ladang Infoternak ini sebagai satu pusat agro pelancongan.“Ini kerana kawasan di sini luas dan mampu dibuat banyak pembangunan serta kedudukannya yang strategik,” katanya.Terdahulu, beliau turut melawat ke kawasan pembinaan Mini RTC Kampung Bawong di Sungai Siput dekat Ipoh.Projek tersebut merangkumi tiga fasa iaitu fasa pertama pembinaan masjid untuk Orang Asli, fasa kedua untuk pembinaan sekolah dan fasa seterusnya pembinaan pusat komersial.Terdahulu, melawat ke tiga kawasan antaranya Ladang Infoternak, Mini RTC Kampong Bawong dan juga Kg Raja Intan Suraya Sg Siput dekat Ipoh.

"Sumber dari Perak Today"