Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

13 November 2014 - Kumpulan KIK Fortu Perak telah manjadi naib johan kategori Perkhidmatan sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Tahun 2014. Kumpulan KIK Fortu dengan tajuk projek “Sistem PINTAF Online” turut membawa pulang sijil pengiktirafan beserta wang tunai RM3000.