Permohonan Pinjaman Induk Tanpa Faedah (PINTAF) 2015


PINTAF

Satu program Pembangunan Jabatan di mana ternakan ruminan (Lembu/Kerbau, Kambing/Bebiri) diagihkan kepada penternak yang layak dengan ikatan perjanjian – “PINJAMAN INDUK TANPA FAEDAH(PINTAF).Program ini bertujuan untuk meningkatkan populasi ternakan ruminant di Negeri Perak.

Jenis Ternakan PINTAF:-

  • Lembu (BakaJantan, Betina)
  • Kerbau(BakaJantan, Betina)
  • Kambing(BakaJantan, Betina)
  • Bebiri(BakaJantan, Betina)


KRITERIA PERMOHONAN

  • Warga Negara Malaysia (Keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak)
  • Umur 18 tahun hingga 65 tahun
  • Mempunyai kawasan ragutan atau sumber makanan yang mencukupi untuk menternak.
  • Mempunyai kandang ternakan yang sesuai
  • Berkemampuan untuk memelihara ternakan. (sihat)
  • Berpengalaman dalam bidang yang diceburi dan
  • Telah menghadiri kursus asas ternakan yang dianjurkanolehJabatan,(menjadikeutamaan).

 

 

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan PINTAF 2015 akan dibuka pada 1hb Disember 2014 sehingga 15hb Januari 2015. Kaedah permohonan adalah secara Online melalui lawan web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak di www.jpvpk.gov.my.