Festival Rakyat Pasir Salak



7 Sept 2015 : Lebih 50,000 orang menghadiri Festival Rakyat @Pasir Salak yang diadakan di Litar Dato Sagor dekat Kampung Gajah. Festival yang  diadakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 September 2015 itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Program yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Salak itu akan disertai oleh 12 agensi dan jabatan di bawah kementerian tersebut serta lapan kementerian lain.

“Antara kementerian yang akan terlibat adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Dalam Negeri (KDN); Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pertahanan.

“Manakala antara jabatan dan agensi dibawah MOA yang terlibat adalah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar; Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Bank Pertanian Malaysia, Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA) dan juga Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)