SOP bantu kumpulan penternak ketika musim tengkujuh disediakan

 

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyediakan prosedur operasi standard bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan berkesan ke seluruh negara pada musim tekujuh. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perbincangan antara agensi pengurusan bencana negara sudah dilaksanakan bagi memastikan infrastruktur yang disediakan mampu menyokong kelancaran proses penyaluran bantuan.