• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 2016 

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 2016 

Putrajaya 8 Sept 2016 : Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif merupakan salah satu mekanisma berkesan dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Objektif utama KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam system penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

KIK Peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2016 telah diadakan pada 5-8 September 2016 bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Sebanyak sembilan belas kumpulan bertanding, lapan kumpulan kategori teknikal, sembilan kumpulan pengurusan dan kategori hybrid sebantak dua  kumpulan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak telah menghantar satu wakil iaitu Kumpulan Viper dan bertanding dalam kategori teknikal dengan alatan “V-case”.

Acara penutup majlis disempurnakan oleh YBrs. Puan Habshah Binti Ali Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara ucapan penutup beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada peserta yang mengambil bahagian dan seterusmya daya kreativiti yang ditunjukan, perbagai idea baru dan idea ini boleh di ketengahkan. Bukan soal kalah atau menang dalam pertandingan tetapi pencapaian berdasarkan kualiti dan sesuatu yang boleh di menafaatkan bersama dan usaha untuk mencari penyelesaian dan pemenang akan mewakili Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ke peringkat kebangsaan yang akan di adakan pada bulan November 2016.

 

Selepas itu, beliau menyampaian hadiah kepada pemenang Konvensyen KIK. Keputusan penuh anugerah adalah :

Projek Harapan Terbaik
Kumpulan Durimas (Jabatan Pertanian)

Pameran Terbaik
Kumpulan BME Dinamik (MADA)

Fasilitator Terbaik
Encik Yusri Mahat – Kumpulan Passion (FAMA)

Persembahan Terbaik
Kumpulan Suria (JPV)

Kategori Pengurusan
Johan – Kumpulan B-Plants (Jabatan Pertanian)
Naib Johan – Kumpulan Suria (JPV) *
Ketiga – Kumpulan Kreavasi (LPP)

Kategori Teknikal
Johan – Kumplan Dinamik 9 (LPP)
Naib Johan - Kumpulan BME Dinamik (MADA)
Ketiga – Kumpulan Revolusi (MADA)

Kategori Hybrid
Johan – Kumpulan Saviour (MARDI dengan SWCORP)