Sultan Nazrin rasmi Pavilion Perak baharu sempena MAHA 2016


SERDANG: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Pavilion Perak yang baharu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di sini. Pavilion baharu ini mempunyai keunikan tersendiri kerana dibina berinspirasikan daripada Istana Kayangan, Kuala Kangsar berbanding sebelum ini yang menggunakan reka bentuk labu sayung.

Turut berangkat ke majlis pelancaran ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman dan isteri, Datin Seri Rohkiah Abd Samat dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, S Thangeswary. Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Perak 2016.





:Sumber Berita Harian