2 Mei 2017, Lumut : Selain dari pameran ketenteraan tentera laut, mini MAHA menjadi tarikan pengunjung yang yang berkunjung ke Hari Terbuka Armada yang berpengkalan di Lumut, Perak.
Penganjuran Hari terbuka Armada tahun ini cukup unik apabila buat pertama kalinya Agrofest Perak 2017 turut diadakan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri yang turut disertai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.
Program Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) mini dengan kerjasama kementerian dan kerajaan negeri Perak ini sangat unik apabila melibatkan kerjasama menerusi pendekatan NBOS. Acara ni berlangsung selama tiga hari bermula pada 28 april sehingga 30 april 2017.
** KLIK DI SINI UNTUK GALERI GAMBAR**