Bengkel Pemasangan Microchip (RFID) Pada Ternakan Ruminan


22 November 2017, Ladang Infoternak Sg.Siput : Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dngan usahasama MARDI Serdang telah mengadakan kursus Pemasangan Microchip (RFID) pada ternakan ruminan.

Implementasi teknologi RFID dalam sektor penternakan sewajarnya dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan mengurus ternakan seperti lembu. Data diri ternakan dapat diperoleh dengan lebih mudah, tepat dan pantas apabila menggunakan sistem ini dan ia dapat membantu dari segi pemantauan terhadap penyakit yang mungkin dihidapi dapat dipantau pada peringkat awal.