Sejarah

Jika kita hendak menulis sejarah yang lengkap mengenai perkhidmatan haiwan Negeri Perak, ianya tentulah memerlukan kajian yang mendalam dan terperinci dengan data-data dan maklumat yang lengkap. Kita juga harus menentukan fakta-fakta sejarah ini dengan tepat yang berhubung dengan perusahaan menternak dan pembangunannya. Walau bagaimanapun, kita ingin mencatatkan serba ringkas bagaimana bermulanya perkhidmatan ini dan mengenali mereka-mereka yang pernah memimpin perkhidmatan haiwan Negeri Perak setakat yang dapat kita perolehi catatan-catatan dari masa-masa yang lalu.

Perkhidmatan haiwan di Negeri ini bermula dari tahun 1895 mengikut seperti telah dicatatkan oleh Residen British bagi Negeri Perak pada ketika itu yang mendapati perkhidmatan haiwan telah dijalankan secara kecil-kecilan. Mengikut laporan Residen British yang berkenaan, cawangan perkhidmatan haiwan telah memberikan perkhidmatan yang baik dalam usaha merawat ternakan seperti kuda, lembu, kerbau dan khinzir. Pada waktu yang tersebut, perkhidmatan haiwan adalah merupakan cawangan kecil dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatn di mana pegawai-pegawai haiwan yang dilantik ke dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan. Dalam tahun 1896, mereka-mereka yang bertugas di cawangan perkhidmatan haiwan telah dikerah untuk merawat dan mengawal wabak penyakit demam babi yang menular dengan hebatnya di Negeri Perak pada ketika itu.

Cawangan perkhidmatan haiwan ini juga telah bertungkus lumus untuk mengawal dan mencegah wabak-wabak penyakit yang menghinggapi ternakan seperti lembu, kerbau dan lain-lain pada ketika itu.

Tidaklah dapat dipastikan siapakah yang bertanggungjawab sebagai pegawai perkhidmatan haiwan dari tahun 1895 hingga 1897, cuma yang dapat dikesan pegawai haiwan Kerajaan yang dilantik ialah Encik G.Moir (MRCVS). Encik Moir telah dilantik ke Negeri Perak dalam bulan Oktober 1898.

Mengikut catatan, Encik G.Moir telah diberi gaji sebanyak RM 200 sebulan. Encik Moir telah berkhidmat di Negeri Perak selama 29 tahun. Walau bagaimanapun, sebahagian dari perkhidmatannya itu, beliau pernah meninggalkan Negeri ini untuk membantu perkhidmatan haiwan di lain-lain Negeri selama 7 tahun dan berkhidmat semasa peperangan dari tahun 1914 hingga tahun 1918. Dalam tahun 1905 hingga ke tahun 1932, Encik P.G.Short telah memasuki perkhidmatan haiwan Negeri Perak. Beliau telah berkhidmat dalam tempoh selama 29?tahun kecuali dalam beberapa bulan di tahun 1932 dimana Encik Short telah berkhidmat di Negeri Sembilan. Encik Short juga telah berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan haiwan bagi Negeri-Negeri Selat dalam tahun 193 sebelum beliau bersara dalam tahun tersebut. Kedua-dua pegawai yang tersebutlah berkait rapat dengan sejarah perkhidmatan haiwan di Negeri Perak.

Dalam masa ketiadaan pegawai-pegawai haiwan British ini di Perak, perkhidmatan haiwan telah dijalankan oleh Penolong Pegawai Haiwan dan merinyu haiwan yang datang dari India hingga ke tahun 1936.

Di bawah ini kita catatkan nama-nama pengawai/pengarah yang pernah memimpin perkhidmatan haiwan Negeri Perak mulai tahun 1936 seperti berikut:

1936 (until Aug) Dr W.R.Wallace 1967 - 1968 Dr Chooi Ah Chai
1936 -1938 Dr W.Orr 1968 - 1972 Dr K.M.Rajagopal
1939 Cannot be traced 1972 - 1979 Dr Chee Yee Song
1940 - 1945 World War I 1979 - 1985 Dr Leong Yee Keong
1946 Vacant 1985 - 1991 Dr Idris Kadir
1947 Dr R.S.T.Bowden 1991 - 2007 Dato' Dr Abd.Kadir Osman
1948 - 1950 Vacant 2008 - 2011 Dato' Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam
1951 - 1961 Dr E.L.Spykerman 2011 -  2015
Dr. Saipul Bahari b.  Hj Abdul Ree
1961 - 1966 Dr W.P.Shanta 2015 - 2016 Dr. Norlizan Bin Mohd Noor

2016 - Sekarang
Dr Fuziah binti Muhayat 2016 -   

 

LOKASI JPV NEGERI PERAK

Jln Haiwan, Taiping

Jln Lahat, Falim, Ipoh.


Jln Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Jln Sultan Azlan Shah Utara,Ipoh

Demikianlah serba ringkas yang dapat dicatatkan bagaimana perkhidmatan haiwan Negeri ini telah bermula dari tahun 1895, iaitu 112 tahun yang lalu hingga ke hari ini dengan berkembang pesat hingga perkhidmatan haiwan menjadi satu perkhidmatan yang membangun dan memberikan khidmatnya kepada para penternak di Negeri ini. Dalam tempoh yang tersebut, beberapa perkembangan yang menarik terus berlaku hingga ke hari ini dengan berbagai-bagai.