Articles

Kuarantin Haiwan

 

PANDUAN KUARANTIN TERNAKAN

 

 

Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat ringkas berkenaan dengan syarat-syarat mengenai kuarantin binatang di Malaysia. Pengimport-pengimport binatang adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tetap sebelum mengimport binatang-binatang atau burung.

 

 

Tujuan Kuarantin Binatang

Tujuan utama mengkuarantin binatang dan burung adalah untuk mencegah penyakit-penyakit dibawa masuk oleh binatang-binatang yang diimport ke Malaysia. Ini adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan kepentingan binatang-binatang di negara ini. Adalah mustahak bagi mencegah penyakit-penyakit exotik (dimana Malaysia adalah bebas daripada penyakit-penyakit tersebut) di bawa masuk ke Malaysia; misalnya Rabies, Anthrax, Renderpest, Swine Vesicular Disease, African Hore Sickness, Equine Encephalitis, African Swine Fever dan sebagainya.

Walaupun binatang-binatang yang diimport biasanya disahkan sihat dan bebas dari penyakit-penyakit berjangkit oleh Penguasa Veterinar di negara eksport tetapi kuarantin masih diperlukan supaya binatang-binatang yang mungkin mengidap penyakit tetapi masih belum menunjukkan tanda-tandanya, dapat diperiksa dan diawasi semasa menjalani kuarantin.

Setengah dari penyakit-penyakit ini memusnahkan penghidupan ternakan seperti penyakit Rinderpest, sementara setengahnya pula menyentuh kesihatan awam seperti Rabies,  Anthrax dan Equine Encephalitis.

 

Penetapan Undang-Undang

Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah diberi kuasa di bawah Ordinan Binatang 1953 dan kaedah-kaedah binatang 1962 untuk mengenakan kuarantin ke atas binatang atau burung apabila perlu.

Kaedah-kaedah Pengimportan Binatang 1962 dan Undang-undang Kecil Stesen Kuarantin Binatang Persekutuan, 1984 dan menyentuh tentang penjagaan dan pengurusan stesen-stesen Kuarantin Binatang Padang Besar, Pelabuhan Klang, Kajang dan Rantau Panjang.

Kegagalan mematuhi syarat-syarat ini boleh mengakibatkan perampasan binatang-binatang tersebut dan pengimport di kenakan hukuman.

 

KEPERLUAN KURANTIN 

Keperluan kurantin dan tempoh masa tahanan di Pusat Kurantin berbeza dengan jenis ternakan/burung, tujuan diimport dan dari satu negara dengan negara lain. Secara am Ordinan Haiwan 1953 membezakan negara eksport kepada dua kategori  iaitu :

1. Negara Schedule  termasuk  Australia, New Zealand, United Kingdom, Eire, Ireland Utara , Singapura, Brunei, Jepun dan Sweden.

2. Negara Non-Scheduled  selain daripada negara yang di sebut diatas. 

Haiwan dari negara  scheduled di mana program kawalan penyakit adalah sangat ketat dan adalah bebas daripada sebarang wabak penyakit merbahaya , tak perlu di kurantin. Walaubagaimanapun keperluan kurantin tertakluk kepada jenis ternakan dan tujuan ia diimport. 
 

 Jadual dibawah menunjukan jenis ternakan / burung yang perlu kurantin dan jangkamasa di stesen  kurantin :

Jenis Ternakan / Burung

Tujuan diimport

Jangkamasa Kurantin

Anjing dan Kucing 
(dari Negara  non-scheduled sahaja)

Sebarang tujuan

7 hari - 30 hari

Kuda 
* Negara scheduled  
* Negara non-scheduled 

Sebarang tujuan 

14 hari  
30 hari

Lembu, Kerbau, Kambing, Bebiri dan babi (Semua negara)

Pelihara Penyembelihan

30 hari  
10 hari

Burung  (semua species)(semua negara)

Sebarang tujuan

10 hari -30 hari

Nota:

Sebelum mengimport sebarang ternakan atau burung ke dalam negara Malaysia, kebenaran mesti diperolehi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai kuasa mutlak untuk tidak membenarkan masuk sebarang ternakan atau burung ke dalam negara. Semua kebenaran masuk adalah tertakluk kepada keperluan yang telah ditetapkan dalam Animal Importation Order 1962 dan  keperluan tambahan boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. 

 

PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan kurantin boleh dirujuk di semua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri atau semua Stesen Kuarantin :

 

Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Wisma Tani, Blok Podium,
Lot 4G1, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62630 Putrajaya
Tel: 603 - 8870 2000 Fax: 603 - 8888 6021

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
Jalan Sultan Azlan Shah Utara
31400 Ipoh
Perak
Tel: 605-5459111/122/133 Fax: 605-5482712

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang 
Bukit Tengah
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Tel: 604 - 645 1292 / 645 1296 Fax: 604-5084366

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis 
Km 3, Jalan Utan Aji,
01000 Kangar, Perlis
Tel: 604 - 976 1670 / 976 1854 / 976 6561 Fax: 604-976 4531

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang 
Jalan Seri Kemunting 2
25100 Kuantan
Pahang
Tel : 609-5132277 Fax: 609-5141498

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor 
Jalan Kebun Teh,
80250 Johor Bahru
Tel: 607 - 223 2202 / 223 2204 Fax: 607-223 2599

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah 
Jalan Datok Kumbar,
05300 Alor Setar, Kedah.
Tel: 604 - 731 0288 / 733 6097 / 7310533 Fax: 604-7344673

 

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan 
PO Box, Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 609- 765 2811 / 765 2545 / 765 4101 Fax: 609-765 1178

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kuala Lumpur 
Jinjang
52000 Kuala Lumpur
Tel : 603-6261683 Fax : 603-6275731

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan 
Peti Surat 173
87008 Labuan
Tel : 6087-414596 Fax: 6087-415534

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka 
Jalan Ayer Keroh
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tel : 606-325103 Fax: 606-2327633

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri  Sembilan 
Jalan Tunku Kurshiah
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 606-7622817 Fax: 606-7628134

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor 
Lot2, Jalan Utas, Section 15/7,
40630 Shah Alam,
Selangor.
Tel: 603- 550 3900 / 559 0491 / 550 4742 Fax : 603 - 550 3903

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah 
Tingkat 7, Menara Wisma Khidmat
Jalan Belia, Beg Berkunci 2051
88999 Kota Kinabalu
Sabah
Tel : 6088-238415 / 250522  Fax: 6088-238418

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sarawak 
Tingkat 3-6, Kompleks Pejabat Kerajaan
Jalan Simpang Tiga
93632
Kuching
Sarawak
Tel : 6082-251575 / 250522  Fax : 6082-613460

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu 
Jalan Bukit Kechil
Peti Surat 203
20720 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 609-6221822 Fax : 609-6229982

 

 

Stesen Kuarantin / Pintu Masuk 

Stesen Kurantin KLIA ,
Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 
Jalan Pekeliling 4
64050 Sepang
Tel: 603- 8787 2377/79  Fax:603- 8787 22378
 

Stesen 
Kelang (South) Port Jalan Tangki Off Jalan Kem,
42000 Pelabuhan Klang.

atau

Aras 3, Wisma Kastam.
Lingkungan Sultan Hishammudin,
42000 Pelabuhan Klang.
Tel: 603- 3683695 Fax: 603- 3762254

 

Stesen Kurantin
Padang Besar (Utara),
01000 Padang Besar
Tel: 604 - 9490230 Fax: 604 - 9491163

 

Pusat Pemeriksaan Veterinar  
Komplex Kastom - Imigration 
06050 Bukit Kayu Hitam.
Tel: 604- 9221484

 

Station Kurantina
Rantau Panjang,
17200 Rantau Panjang.
Tel: 609 - 7950424 Fax : 609-7951448

 

Pusat Pemeriksaan Veterinar  
Tanjung Puteri Causeway,
80730 Johore Bahru.
Tel: 607 - 2224262 Fax: 607- 2237229

 

Pusat Pemeriksaan Veterinar  
Komplex Sultan Abu Bakar,
Tanjung Kupang
81560 Gelang Patah
Johore
Tel : 607-5133080  Fax: 607-5133085

Nota :

Adalah lebih baik untuk menempah terlebih dahulu kemudahan kurantin sebelum membawa masuk ternakan / burung .  Ia boleh dilakukan semasa memohon sijil import .

 

 

BAYARAN KURANTIN

Semua ternakan dan burung di Pusat Kurantin akan dikenakan bayaran seperti yang ditunjukan di jadual di bawah : 

 Jenis Ternakan dan Burung

Bayaran Kurantin

Anjing - 
saiz besar 
saiz kecil

RM 4.00 sehari 
RM 3.00 sehari

Kucing  - semua saiz

RM 3.00 sehari

Kuda

RM 10.00 sehari

Lembu / Kerbau

RM 4.00 sehari

Kambing / Bebiri

RM 1.00 sehari

Sijil Kuarantin

RM 2.00 sehari

 

Bahan-Bahan Yang Dibawa Bersama Binatang-Binatang Import

Semua bahan-bahan (seperti rumput kering, plastik, tulang dan sebagainya) yang dibawa bersama binatang tidak dibenarkan mendarat di Malaysia kecuali dengan kebenaran daripada Pihak Penguasa Veterinar. Sekiranya dibenarkan masuk, bahan-bahan tersebut akan dikuarantinkan bersama dan dikenakan beberapa peraturan lain yang difikirkan perlu oleh Pegawai Veterinar seperti pembasmian kuman atau pemusnahan.

 

Binatang Sebelum Kurantin

Tuan punya perlu memaklumkan kepada pihak Kurantin secara bertulis, secara telefon atau melalui fax paling kurang satu bulan ( minima 7 hari ) sebelum membawa masuk ternakan / burung ke dalam negara.  Adalah lebih baik untuk menempah kemudahan di kurantin sebelum membuat sebarang kemasukan ternakan supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan kemudian. Ia boleh dilakukan semasa memohon sijil import. 

 

Binatang-Binatang Semasa Berada Dalam Kurantin

Tuan-tuan punya binatang dibenarkan melawat binatang-binatang mereka dengan syarat mereka mematuhi segala peraturan yang dikenakan oleh Pegawai yang bertugas di Stesen Kuarantin. Ini adalah penting bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang berjangkit merebak kepada atau daripada binatang-binatang yang dikuarantinkan.

Binatang-binatang semasa menjalani kuarantin boleh dikenakan peraturan-peraturan seperti suntikan vaksin, pemeriksaan   atau ujian-ujian yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa. Pihak Penguasa Veterinar juga boleh mengarahkan mana-mana dari binatang tersebut supaya dihapuskan dengan segera jika didapati berjangkit ataupun disyaki beserta dengan binatang-binatang yang berpenyakit. Ganti rugi tidak akan dibayar kepada tuan punya binatang sekiranya binatang terpaksa dimusnahkan mengikut cara yang difikirkan sesuai.

Binatang-binatang tidak boleh dilepaskan dari Stesen Kuarantin kecuali dengan kebenaran dari Pegawai Veterinar yang mengesahkan bahawa binatang tersebut adalah bebas dari penyakit.

 

Binatang-Binatang Setelah Dikuarantin

Tuan punya binatang mestilah memerhati keadaan kesihatan binatang-binatang mereka selepas dikuarantinkan dan melaporkan ke Pejabat Veterinar yang berdekatan sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda penyakit.

Binatang-binatang untuk penyembelihan mestilah dihantar terus ke rumah sembelih yang ditentukan setelah menjalani kuarantin.

 

 

 

KEMUDAHAN KURANTIN

Kemudahan Kurantin terdapat di semua pintu masuk negara seperti di  KLIA Sepang, Pelabuhan Klang , Pulau Pinang, Padang Besar and Stesen Kurantin Rantau Panjang .
 

Station Kurantina

Kemudahan

1.

Stesen Kuarantin Padang Besar 

Lembu/Kerbau/Kuda/Kambing/Bebiri/ 
Anjing/Kucing/Burung

2.

Stesen Kuarantin Rantau Panjang 

Lembu/Kerbau/ Kambing/Bebiri

3.

Stesen Kuarantin Bayan Lepas 

Kuda/Anjing/Kucing/Burung

4.

Stesen Kuarantin Pelabuhan Kelang 

Lembu/Kerbau/Kambing/Bebiri/Kuda

5.

Stesen Kuarantin Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur 

Kuda,Anjings,Kucing,Burung/Lembu/Bebiri/ 
Kambing/Arnab/Hidupan Liar

Jadual diatas menunjukkan kemudahan yang terdapat di beberapa Station Kurantina 

Selain Stesen Kurantin di atas, terdapat 5 lagi Stesen Kurantin akan dipertingkatkan iaitu : 
 

Station Kurantina

Kemudahan

1.

Stesen Kuarantin Labuan 

Kuda/Anjing/Kucing/Burung

2.

Stesen Kuarantin Pelabuhan Kuantan 

Lembu/Kerbaus/Kambing/Bebiri/Kuda

3.

Stesen Kuarantin Bukit Kayu Hitam 

Lembu/Kerbau/Kambing/Bebiri

4.

Stesen Kuarantin "B" Padang Besar 

Lembu/Kerbau/Kembing/Bebiri

5.

Stesen Kuarantin Gelang Patah Johor

Kuda/Anjing/Kucing/Burung/Lembu/Bebiri/Kembing

 Jadual diatas menunjukan kemudahan yang terdapat di Stesen Kurantin tersebut .   

Melalui tanah

Melalui laut

Melalui udara

Padang Besar Perlis 

West Port, Klang 
Pelabuhan Klang

Lapangan terbang Sultan Abdui Aziz Shah Subang 

Bukit Kayu Hitam, Kedah 

Pelabuhan Pasir Gudang , Johore

Lapang terbang Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur 

Rantau Panjang, Kelantan

Pelabuhan Kuantan , Pahang

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai , Johore

Pengkalan Kubor, Kelantan 
Station Immigration di Bukit Bunga

Pelabuhan Kemaman , Terengganu

Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas , Penang

Johor Bahru, Johore

Pelabuhan Pulau Pinang dan Butterworth , 
Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan , Labuan Wilayah Persekutuan

Kompleks Sultan Abu Bakar 
di Tanjung Kupang

Pelabuhan di  Lumut

 

Station Kastom di  Pengkalan Hulu

Pelabuhan di  Tanjung Pelepas 
Pelabuhan di  Labuan

 

 Jadual di atas menunjukkan Pintu Masuk yang telah di Gazetkan di Negara ini. 

 

Kriteria Ladang Eksport

A.      Kriteria Wajib

1.    Amalan Perladangan Dan Sumber Ternakan Ayam

 

  • Hanya satu jurusan ternakan ayam boleh dipelihara di ladang

  • Ternakan lain tidak dibenarkan dipelihara di dalam ladang

  • Sumber anak ayam mestilah dari ladang yang diiktirafkan bebas dari penyakit Pullorum oleh JabatanPerkhidmatan Haiwan.
                   

 

2.    Pembuangan Bangkai Ayam dan Tinja

 

  • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan bangkai ayam yang    bersistematik

  • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan tinja dan sampah tebal yang bersistematik

 

3..   Kemudahan/Kelengkapan Pengendalian Telur

 

  • Bilik Pengredan Telur
    (i)     Bilik pengredan telur haruslah dingin, pengudaraannya baik, bersih dan  sucikuman
    (ii)    Kelengkapan pengredan telur haruslah bersih
    (iii)   Keadaan bekerja di bilik pengredan telur haruslah selesa di dalam pakaian biasa

  • Bilik Penyimpanan Telur
    (i)    Bilik penyimpanan telur harus berasingan daripada bilik pengredan telur
    (ii)   Bilik penyimpanan telur haruslah dingin, bersih dan sucikuman

 

4.    Pembasmian Kuman Ke Atas Kenderaan

 

Pintu masuk/keluar ke ladang haruslah dilengkapkan dengan pencelup roda bertutup dan alat penyembur

 

5.    Pemagaran Sempadan

 

Kawasan ladang dan unit pengeluaran ayam harus dipagari sepenuhnya dengan 'chain-link' atau bahan seumpamanya yang sesuai.

 

6.    Pencelup Kaki

 

Setiap bangksal ayam harus disediakan dengan pencelup kaki basmi kuman yang kekal

 

B.    Kriteria Tambahan

 

1.    Biosecurity Pegawai-Pegawai/Pelawat/Kakitangan

 

  • Semua pegawai, pelawat dan kakitangan harus disediakan dengan but(kasut getah) dan pakaian yang sesuai.

  • Pintu masuk ke ladang harus disediakan dengan bilik persalinan lengkap dengan paip hujan dan /atau alat penyembur

 

2.    Pengasingan Bangsal Ayam

 

Jarak diantara bangsal-bangsal ayam disyorkan sekurang-kurangnya 30 kaki

 

3.   Pengurusan Sampah Sarap

 

Pihak ladang harus mengamalkan program pengurusan sampah sarap yang baik untuk menetukan tiada masalah bau dan lalat

 

4.    Kebersihan Am

 

  • Kawasan ladang, kilang makanan, stor untuk ubat dan makanan harus bersih dan teratur

  • Pihak ladang harus menyediakan kelengkapan bilik mandi dan tandas secukupnya dan di lokasi yang sesuai untuk pegawai, kakitangan dan pelawat

 

5.    Rekod

 

  • Pihak ladang harus menyimpan pelan susunatur menunjukkan kedudukan bangsal-bangsal ayam dan struktur ladang

  • Pihak ladang harus mengekalkan rekod program dan amalan suntikan yang kemaskini, rekod pengubatan (makanan, 'parenteral', 'oral') di sepanjang masa.

 



 

 



 

AYAM PEDAGING

 
 

 

A. Kriteria Wajib

 

1.    Amalan Perladangan Dan Sumber Ternakan Ayam

 

  • Hanya satu jurusan ternakan ayam boleh dipelihara di ladang

  • Ternakan lain tidak dibenarkan dipelihara di dalam ladang

  • Sumber anak ayam mestilah dari ladang yang diiktirafkan bebas dari penyakit Pullorum oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan

 

2.    Pembuangan Bangkai Ayam dan Tinja

 

  • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan bangkai ayam yang    bersistematik

  • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan tinja dan sampah tebal yang bersistematik

 

3.    Amalan Semua - Masuk - Semua - Keluar

 

Pihak ladang haruslah mengamalkan sistem semua masuk-masuk-semua keluar.  Perbezaan diantara umur-umur ayam di ladang tidak melebihi 2 minggu

 

4.    Pembasmian Kuman ke Atas Kenderaan

 

Pintu masuk/keluar ke ladang haruslah dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan seperti di bawah

Saiz Ladang        Kemudahan
Bawah 50,000 ekor Penyembur dan pencelup roda
Lebih 50,000 ekor Penyembur dan pencelup roda bertutup

 

5.    Pemagaran Sempadan

 

Kawasan ladang dan unit pengeluaran ayam haruslah dipagari sepenuhnya dengan bahan yang sesuai

 

6.    Pencelup Kaki

 

Setiap bangsal ayam harus disediakan dengan pencelup kaki basmi kuman yang kekal

 

B.    Kriteria Tambahan

 

1.    Biosecurity Pegawai-Pegawai/Pelawat/Kakitangan

 

Semua pegawai, pelawat dan kakitangan harus disediakan dengan but(kasut getah) dan pakaian yang sesuai.

 

2.   Pengurusan Sampah Sarap

 

Pihak ladang harus mengamalkan program pengurusan sampah sarap yang baik untuk menetukan tiada masalah bau dan lalat

 

3.    Kebersihan Am

 

  • Kawasan ladang, kilang makanan, stor untuk ubat dan makanan harus bersih dan teratur

  • Pihak ladang harus menyediakan kelengkapan bilik mandi dan tandas secukupnya dan di lokasi yang sesuai untuk pegawai, kakitangan dan pelawat

  • Pihak ladang harus mempunyai kemudahan untuk pembasuhan sangkar ayam yang telah digunakan

 

4.    Rekod

 

  • Pihak ladang harus menyimpan pelan susunatur menunjukkan kedudukan bangsal-bangsal ayam dan struktur ladang

  • Pihak ladang harus mengekalkan rekod program dan amalan suntikan yang kemaskini, rekod pengubatan (makanan, 'parenteral', 'oral') di sepanjang masa.

 



 

 

 



 

ITIK PEDAGING

 
 

 

Kriteria untuk komoditi adalah seperti kriteria untuk ternakan ayam pedaging oleh itu sila rujuk kriteria ayam pedaging

 



 

 



 

BABI

 
 

Sila rujuk versi Inggeris : "Standard for farm e

Peraturan Eksport

 PERATURAN-PERATURAN UNTUK MENGEKSPORT ANJING/KUCING

1) Apabila seseorang membuat pertanyaan mengenai mengeksport anjing / kucing, perkara yang perlu di beri perhatian :-

    * Adakah anjing telah di suntik dengan suntikan pelalian iaitu (Anti-Rabies dan CPV+DHL) – pastikan vaksin Anti-Rabies di berikan 30 hari sebelum anjing / kucing itu di bawa keluar.
    * Jika beliau telah melakukan suntikan pelalian di klinik swasta, mereka perlu mendapatkan surat pengesahan daripada pegawai veterinar klinik swasta tersebut mengenai status suntikan pelalian dan status kesihatan.
    * Pastikan beliau sudah mendapatkan permit import / kebenaran membawa masuk secara bertulis daripada negara yang hendak dibawa masuk.
    * Penerangan mengenai ujian Nipah dan Microchip dan bayaran yang akan dikenakan
 
2) Apabila anjing / kucing telah dibawa ke klinik untuk ujian Nipah, perkara yang perlu di buat adalah :- ( Pastikan ujian Nipah ini dilakukan dalam tempuh 10 hari sebelum di eksport )

    * Pastikan anjing / kucing tersebut berada dalam keadaan yang bersih dan sihat.
    * Pemeriksaan klinikal perlu dilakukan
    * Pengambilan contoh darah dilakukan ( 1-3 ml ) di dalam Plain tube.
    * Masukkan microchip di bawah kulit (sebelah kiri leher). (Pastikan sebelum masukkan microchip , di "scane" terlebih dahulu dan angka yang terdapat sama dengan angka yang tercatat pada sampul microchip tersebut).
    * Terdapat 4 pelekat no siri Microchip pada sampulnya. Satu daripadanya dilekatkan pada kad rawatan klinik haiwan Ipoh, satu pada kad suntikan pelalian, satu pada borang maklumat pengenalan microchip dan satu di serahkan kepada tuanpunya.
    * Bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut :
          o Pengambilan darah RM 20.00 / seekor
          o Microchip RM 50.00 / seekor (Satu Resit )
          o Ujian Nipah RM 20.00 / seekor - ( Satu Resit )
 
3) Penghantaran sample ke Institiut Penyelidikan Haiwan Ipoh (VRI) :-

    * Pastikan darah yang diambil di simpan di peti sejuk
    * Isikan borang Makvet 03 dan di tandatangan oleh Pegawai Veterinar
    * Pastikan resit ujian nipah di photostate dan dikepilkan bersama borang Makvet 03
    * Serahkan borang Makvet 03 + Resit photostate dan darah di tempat pendaftaran sample di VRI dan maklumkan bahawa sample telah di kenakan bayaran.

 

4) Penyerahan lapuran ujian , sijil eksport dan sijil kesihatan kepada penternak / pengeksport

    * Penyediaan sijil kesihatan dan permit eksport di kaunter permit.
    * Bayaran yang akan dikenakan adalah:
          o Sijil kesihatanRM 3.00 / seekor
          o Permit eksportRM 3.00 / seekor
    * Dapatkan borang status kesihatan semasa dan borang maklumat pengenalan microchip daripada Pn. Foziah dan di isikan maklumat yang diperlukan dan di tandatangan oleh Pegawai Veterinar.
    * Serahkan semua permit , sijil dan surat yang di perlukan kepada penternak tersebut.

 

 

 Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Dr Ahmad Shukri Abdullah
Tel:605-5459111/122/133 Ext.212
E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Mr Muniandy Awali ( ANDY )
Tel:605-5459111/122/133 Ext:213
E-Mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.