OBJEKTIF UNIT RUMINAN
1. Menggalakkan serta meningkatkan populasi dan pengeluaran ternakan ruminan. 2. Memudahcara pelabur/usahawan/pengusaha dibidang pengeluaran ternakan ruminan.
PINTAF
Satu program Pembangunan Jabatan di mana ternakan ruminan (Lembu/Kerbau, Kambing/Bebiri) diagihkan kepada penternak yang layak dengan ikatan perjanjian – “PINJAMAN INDUK TANPA FAEDAH(PINTAF).Program ini bertujuan untuk meningkatkan populasi ternakan ruminant di Negeri Perak.
Jenis Ternakan PINTAF:-
- Lembu (BakaJantan, Betina)
- Kerbau(BakaJantan, Betina)
- Kambing(BakaJantan, Betina)
- Bebiri(BakaJantan, Betina)
KRITERIA PERMOHONAN
- Warga Negara Malaysia (Keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak)
- Umur 18 tahun hingga 65 tahun
- Mempunyai kawasan ragutan atau sumber makanan yang mencukupi untuk menternak.
- Mempunyai kandang ternakan yang sesuai
- Berkemampuan untuk memelihara ternakan. (sihat)
- Berpengalaman dalam bidang yang diceburi dan
- Telah menghadiri kursus asas ternakan yang dianjurkanolehJabatan,(menjadikeutamaan).
|