Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Veterinar 1995

ORDINAN BINATANG-BINATANG 1953
PERINTAH DI BAWAH SEKSYEN
82

Ord.17/53

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 82 Ordinan Binatang-Binatang 1953, Menteri Besar Perak membuat kaedah-kaedah yang berikut bagi pengurusan Pusat-Pusat Veterinar dalam Negeri Perak:

Nama dan mula kuatkuasa

1.Kaedah-kaedah ini boleh dinamakan Kaedah-Kaedah Pusat Veterinar 1995 dan hendaklah berkuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta.

   
Kemasukan ke Pusat Veterinar 2. (1) Apa-apa binatang atau burung boleh, mengikut budi bicara Pegawai Veterinar, dimasukkan ke Pusat Veterinar.

(2) Apa-apa rawatan atau penumpangan binatang-binatang di Pusat Veterinar adalah atas risiko pemunyanya.

   
Fee 3. (1) Fee-fee yang dikenakan untuk mendapatkan rawatan, makanan dan penginapan, dan lain-lain perkhidmatan hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual.

(2) Fee dua kali ganda boleh dikenakan pada cuti umum atau, di luar waktu pejabat.

   
Budi bicara Pegawai Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar untuk mengurangkan dan mengetepikan fee 4.Pembayaran fee-fee boleh dikurangkan atau diketepikan mengikut budi bicara Pegawai Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar jika dia berpuas hati bahawa penternak atau tuanpunya binatang adalah miskin dan tak berupaya untuk membayar fee-fee tersebut.
   
P.T.M/GN 997/49 Dimansuhkan 5. Warta Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu GN. No.97 tahun 1949 adalah dengan ini dimansuhkan.
   
JADUAL
A. FEE RAWATAN, MAKANAN DAN PENGINAPAN, DAN PENUMPANGAN
1. MAKANAN DAN PENGINAPAN
 

FEE

Kuda
Kuda kecil
Lembu
Kambing/Bebiri
Anjing (besar)
Anjing (sedang)
Anjing (kecil)
Kucing
Ayam/itik
Lain-lain ternakan

RM10.00 sehari
RM 5.00 sehari
RM 5.00 sehari
RM 3.00 sehari
RM 6.00 sehari
RM 5.00 sehari
RM 4.00 sehari
RM 4.00 sehari
RM 1.00 sehari
RM 3.00 - 10.00 sehari

 

2. TAMBAHAN PELBAGAI

Mandi, enema, semprotan atau tuam
Mandi kutu (Anjing/Kucing)
Potong kuku
Cukur bulu
Suntikan hipodemik dan intravena (binatang kecil)
Suntikan hipodemik dan intravena (binatang besar)
Ubat-ubat khas atau yang disediakan khas

RM 5.00
RM 4.00
RM 5.00
RM 10.00
RM 4.00

RM 10.00

Kos + 30%
3. PENUMPANGAN BAGI SUATU TEMPOH YANG TERHAD

Anjing (besar)
Anjing (sedang)
Anjing (kecil)
Kucing

RM 4.00 sehari
RM 3.00 sehari
RM 2.00 sehari
RM 2.00 sehari
B. RAWATAN BINATANG-BINATANG OLEH PEGAWAI VETERINAR ATAU PENOLONG PEGAWAI VETERINAR
1. Pemeriksaan & nasihat di Pusat Veterinar termasuk pemeriksaan klinikal, bantuan makmal, rawatan luka, pemeriksaan luka dan perubatan RM 5.00 - RM 15.00
2. Lawatan dalam lingkungan jarak 5 km dari Pusat Veterinar (rawatan luka & perubatan tambahan) RM 10.00 - RM 30.00
3. Lawatan di luar lingkungan jarak 5 km dari Pusat Veterinar (rawatan luka & perubatan tambahan) RM 10.00 - RM30.00 + pengangkutan RM 0.50 sen/km
4. Pembedahan kecil (binatang kecil) RM 10.00 - RM 30.00
5. Pembedahan besar (binatan kecil) RM 30.00 - RM 80.00
6. Pembedahan kecil (binatang kecil) RM 20.00 - RM40.00
7. Pembedahan besar (binatang besar) RM 50.00 - RM150.00
8. Pemeriksaan binatang bagi tujuan insuran, kesihatan, kenalpasti, umur, kekuatan fizikal, dll. RM 20.00 - RM 80.00
9. Pemusnahan ternakan (urusan pelupusan bangkai oleh pemunya/penternak) RM 4.00 seekor
10. Pemusnahan binatang di Pusat Veterinar atau penanaman binatang yang mati di Klinik Veterinar (urusan pelupusan bangkai oleh Pusat Veterinar)

Kuda
Kuda kecil/Lembu
Kambing/Bebiri
Anjing/Kucing dan lain-lain binatang kecil

 

RM 20.00 seekor
RM 15.00 seekor
RM 8.00 seekor
RM6.00 seekor
11. Kajian bedah siasat

Kuda
Kuda kecil/Lembu
Kambing/Bebiri
Anjing/Kucing dan lain-lain binatang kecil
Ayam/itek

RM 40.00 seekor
RM 20.00 seekor
RM 10.00 seekor
RM 10.00 seekor
RM 3.00 seekor
12. Perubatan & cuci luka (pesakit luar), pil, serbuk, dll.
" Dusting powder", "drops", linimen, losen, salap dll.
Cuci luka (mengikut jenis dan keadaan)
Suntikan hipodemik atau intravena
(lawatan di luar lingkungan jarak 5 km dari
Pusat Veterinar)
Ubat-ubat khas atau yang disediakan khas
RM 3.00 - RM 6.00
RM 1.00 - RM 4.00
RM 4.00 - RM 10.00
RM 5.00 - RM 15.00
Cost + 30%

 

13. X-ray

Kuda
Kuda keci/Lembu
Kambing/Bebiri
Anjing/Kucing dan lain-lain binatang kecil

RM 50.00/keping
RM 40.00/keping
RM 30.00/keping
RM 25.00/keping
14. Suntikan pelalian

DHL + CPV (Anjing)
CPV (Anjing)
FPL + PCV + FVR (Kucing)
Anti-Rabies (Anjing/Kucing)

RM 16.00/dos
RM 10.00/dos
RM 18.00/dos
RM 10.00/dos
   
  Bertarikh pada 20hb Januari 1996.
[PSUK.Pk. (BPK)/A.355/9/4-1]

TAN SRI DATO' SERI (DR.) RAMLI BIN NGAH TALIB,
Menteri Besar,
Perak.

  • Hits: 32430
logo-footer
  • JALAN SULTAN AZLAN SHAH (U),
    31400 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

  • 05-5459111, 05-5459122, 05-5459133

  • 05-5472561, 05-5482712

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Kemaskini : 29/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928